Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi Pusat Sumber SMK Dato Haji Mohd Taib, Chemor.

Selangkah Untuk Menuju Kejayaan

"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur"

Mutiara Kata

Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya.

Mutiara Kata

"Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."

Mutiara Kata

"Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri."

Tuesday, 17 July 2012

Piagam Pelanggan Sekolah

Kami  warga  SMKDHMT  akan  memastikan  :


  • Semua  murid  dapat  mengikuti  proses  pengajaran  dan  pembelajaran yang  berkesan seterusnya  meningkatkan  prestasi PMR, SPM dan STPM.
  • Semua  murid  dapat  mengikuti  aktiviti kokurikulum  secara efektif  untuk meningkatkan  sahsiah diri dan dapat menonjolkan bakat dalam bidang yang diminati
  • Semua  rekod persekolahan  dan  laporan  kemajuan murid disediakan dan dikemas  kini  untuk dimaklumkan kepada pihak yang berkenaan.
  • Semua  urusan jawatan, gaji dan pencen guru serta kakitangan sekolah akan  diproses dan dihantar ke PPD/JPN/KPM  pada  masa  yang ditetapkan.
  • Budaya  penyayang  di kalangan  warga sekolah dan persekitaran sekolah sentiasa  dihayati

Matlamat Dan Objektif

Definisi Pusat Sumber 
  • Pusat Sumber adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diuruskan secara sistematik
  • Pusat Sumber menyediakan maklumat , Perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai asas serta kemahiran maklumat pendidikan


MATLAMAT PSS

  1. Meningkatkan mutu pendidikan sekolah.
  2. Membentuk profesion perguruan yang berilmu,dinamis,kreatif,inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan Negara,bangsa, dan agama.
  3. Membenuk golongan pelajar yang berilmu,kreatif, dan berdisiplin utuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.
  4. Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunan komputer. 

OBJEKTIF PSS

  1. Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
  2. Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran
  3. Meningkatkan profesionalisme guru.
  4. Mengumpul,menyimpan, dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
  5. Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran
  6. Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan pelajar.